LATAR BELAKANG SYARIKAT

             Ideareka Bina adalah salah sebuah syarikat dimiliki penuh oleh Bumiputra. Syarikat ini adalah sebuah perniagaan perkongsian yang telah ditubuhkan pada tahun 2011 yang juga telah didaftarkan secara rasminya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

             Ideareka Bina menyediakan serta menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti khidmat pelukis pelan senibina & rangka bina, perunding & pengurusan projek, mengdokumentasikan kontrak & tender, anggaran serta kawalan perbelanjaan binaan, penyeliaan tapak bina, hiasan dalaman & pengindahan serta perlandskapan & seni taman. Syarikat ini juga merupakan salah satu syarikat yang mempunyai kerjasama dan koordinasi daripada jurutera, arkitek, jururancang bandar serta juruukur bertauliah dalam mengemukakan sesebuah cadangan permohonan bagi sesuatu projek.

             Sejajar dengan polisi dan kehendak Kerajaan dalam mencari lebih banyak penyertaan daripada Bumiputra dalam ekonomi Negara, Ideareka Bina berusaha untuk mencapai piawaian yang tertinggi dalam bidang perundingan, pelukis pelan dan senibina serta pengurusannya.